sElMaT dAtANg C0MeL (*_*)

Jumaat, 24 Mei 2013

Dalam diamku

Izinkan aku mencintaimu dalam diamku,ketika cinta dan rindu berpadu dalam sujud panjangku..
Ketika pengharapan dan keresahan mengalir dalam d0a-d0a malamku..Izinkan aku tetap mencintaimu dalam diamku..Hingga DIA mentakdirkan yang terbaik Untuk kita..Kerana aku ingin selamanya mencintaimu kerana ALLAH..


Isnin, 20 Mei 2013

wahai imamku...



Ya Allah…
Jika dia baik untukku, baik untuk keluargaku..Jadikanlah dia imamku

Ya Allah..
Jika dia yang mampu membahagiakanku dunia dan akhirat janganlah Engkau jauhkan dia dariku…

Ya Allah…
Jika dialah yang dapat membawa aku ke jalanMu, satukanlah hati kami sampai akhirat..

Ya Allah..
Jika aku adalah rusuk kirinya, jadikanlah aku pelengkap dirinya, pendamping paling setia, wanita yang dia cinta, isteri yang dia banggakan dan ibu terbaik untuk zuriat-zuriat kami.

Ya Allah..
HambaMu yang jahil ini meminta, ya Allah. Berikanlah dia kebahagiaan, kesihatan, kejayaan serta kasih sayangMu. Andai telah tertulis dia bukan untukku, kurniakanlah dia seseorang yang baik untuknya, dan bahagiakanlah mereka , ya Allah.

Ya Allah…
Aku tidak tahu sejak bila aku mencintainya. Juga bagaimana untuk berhenti menyayanginya. Telah aku cuba melupakan tapi bayangannya tetap ada. Hati ini tetap juga menyanjung dia.

Ya Allah..
Kerana kelemahan dan kekuranganku, aku serahkan semuanya padaMu. Jika mencintainya inilah, yang terbaik untukku, redhailah. Semoga cinta ini adalah keranaMu, ya Allah. Semoga cinta ini membawa aku dekat denganMu. Dan semoga cinta sesama insan ini menyedarkan aku untuk selalu mengisi hati ini dengan cinta terdalam padaMu dan kekasihMu.

Amin Ya Rabbal Alamin…


Jumaat, 17 Mei 2013