sElMaT dAtANg C0MeL (*_*)

Selasa, 14 Jun 2011

tersangat malas..sleepy


                  
Tahukah anda kenapa kita rasa mengantuk?
Kajian menunjukkan rembesan ejen kimia semulajadi yang dikenali sebagai serotonindaripada otak kita menyebabkan kita ada rasa mengantuk. Serotonin terhasil daripadatryptophan yang juga dikenali sebagai asid amino dalam tubuh badan kita.
Sudah menjadi lumrah semulajadi apabila malam hari manusia akan rasa mengantuk dan secara automatiknya akan terjaga pada keesokan harinya. Ini kerana serotonin juga sudah menjadi jam semulajadi manusia di mana amat peka terhadap kegelapan. Apabila kita berada di tempat yang gelap misalnya, ia akan meransang ejen kimia tersebut untuk dihasilkan. Maka kita akan mula rasa mengantuk.
Faktor pemakanan juga ada penyebabnya kerana semakin banyak kita makan makanan yang tinggi kandungan kabohidratnya, maka semakin tinggi jugalah penghasilan asid amino atau tryptophan. Apabila ini terjadi, tahap serotonin secara tak langsung akan bertambah dan kita akan rasa mengantuk.
Oleh itu, makanlah mengikut diet yang sesuai dan rehatlah secukupnya kerana tidur juga penting untuk tubuh badan kita. Tidur yang terbaik adalah selama 4 jam. Jadi, apa tunggu lagi…
                                                                                               
jom tedo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan