Lama sudah aku meng-usha kau dari jauh. Aku lihat bagaimana kau curahkan kasih sayang dan cinta kau kepada si dia yang bergelar wanita.
Dan aku lihat bagaimana kau sakit dan terluka dek sikap kaum aku sendiri, iaitu wanita. Aku lihat bagaimana kau disishkan kan, di double triplekan, dilupakan dari segala memori indah yang kau dua orang lakarkan. Dan dibuang jauh dari segala impian dan angan-angan yang kau dan dia pasang untuk masa depan.
Sadis aku melihat kalian. Pathectic kata Mat Salleh. Ya, aku kesian dan memang! Memang aku marah kepada kaum aku sendiri. Apa tidak cukupkah lagi kau,lelaki yang setia untuk berdamping dengan wanita sepertinya. Ramai perempuan luar sana mahukan lelaki seperti kau, tapi mereka 'dumped' kau macam tu je? Dan kau, kenapa tak terima perempuan seperti aku, dia, kami yang mahukan lelaki setia? Kenapa kau tutup hati kau untuk si dia yang tak hendak kan kau?!
Kasihan kau. Hilang arah berminggu-minggu, berbulan-bulan, malah ada yang bertahun dek patah hati, dan masih mengharapkan cuma satu solusi, iaitu..Si dia akan kembali. Barangkali usaha kau untuk meminta dia kembali tidak cukup, kerana kau lupa untuk meminta kepada-Nya supaya yang kau cinta itu jodoh kau.
Tak guna kau menderita setia kalau niat kau bukan untuk bersamanya sebagai pasangan suami isteri yang sah. Buang masa kau tahu! BUANG MASA!
heart y0u piranha! <3 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan